HIDROPONIK
HIDROPONIK
Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air
dan phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang
dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah.
Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi.
Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang
masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian
menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di
katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya
mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara
hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara
hidroponik dijalankan.
KELEBIHAN HIDROPONIK
- Tidak
memerlukan tanah sebagai media tanaman. Maka pengeluaran sayuran tetap
dapat dijalankan walaupun berada di kawasan yang tidak subur, kurang
sumber air, tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah bermasalah.
- Tidak memerlukan sistem giliran tanaman.
- Sayuran tumbuh dengan lebih cepat disamping pengeluaran hasil yang seragam sepanjang masa.
- Penggunaan
baja dan air yang terkawal dan ‘efficient’. Tumbuhan mendapat nutrien
yang mencukupi mengikut keperluan disamping tiada persaingan untuk
mendapatkan air dan nutrien. Pembaziran baja juga tidak berlaku kerana
ia tidak mengalami larut lesap.
- Pengawalan penyakit dan proses yang cekap selain bersih dan bebas daripada sebarang racun perosak.
- Pencemaran alam sekitar turut berkurangan berikutan penggunaan bahan kimia yang minimum.
- Tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
- Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
KELEMAHAN HIDROPONIK
- Memerlukan kos awal yang agak tinggi.
- Hidroponik
merupakan satu sistem tertutup. Sebarang patogen atau ketidakseimbangan
nutrien akan mempengaruhi keseluruhan tanaman. Tumbuhan boleh mati
dengan cepat jika sistem gagal.
- Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
- Sumber Dari : hidroponik1.blogspot.com/2010/08/pengenalan-hidroponik.html
- : tanamanhidroponik.wordpress.com/about/
-
Dari : Thaneswary a/p Arumugam
No comments:
Post a Comment