Cintai bahasa Melayu

Cintai bahasa Melayu

5 Jul 2013

20 Cara mudah meningkatkan daya ingatan

20 Cara mudah meningkatkan daya ingatan

Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain.

Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan:

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin (Dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak,penyakit jantung, obes dan diabetes)

2. Tukar rutin harian (Supaya otak lebih peka dan berfikir)

3. Tidur sekejap waktu siang (Ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama)

4. Minda fotograf (Amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan, (perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dan sebagainya. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu dan lain-lain)

5. Kurangkan makan (Mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat mencapai skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya.Ini kerana pengurangan protien C-reaktif dan insulin dapat memperbaiki daya ingatan) 

6. Permainan latih otak (Dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk).

7. Layari internet (Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak)
 
8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi (Teh mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi tetapi jangan melebihi limitasi pengambilan kafein dalam sehari)

9. Atasi depresi (Kemurungan mengganggu daya ingatan dapatkan nasihat atau rawatan doktor dengan segera)

10. Amalkan multi-tasking (Kerja pelbagai dalam satu masa meningkatkan daya ingatan anda perlulah belajar dan praktiskan)

11. Kawal tahap gula dalam darah (Fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak)

12. Senaman mata (Membantu mencantumkan dua hemisfera otak maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan)

13. Makan sayuran hijau (Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk selain itu suplemen seperti vitamin C dan vitamin E digalakkan)

14. Tangani apnea tidur (Keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar dan menyebabkan memori akan merosot)

15. Belajar sesuatu yang baru (Lakukan aktiviti baru selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin ini akan meningkatkan daya ingatan)

16. Berhenti merokok (Risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal)

17. Makan coklat hitam (Epicatechin dalam coklat hitam membantu pembinaan salur darah dan memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang)

18. Letak barang-barang pada tempatnya (Mengingati sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik, buat nota peringatan)

19. Jangan bersara awal (Membantu mengekalkan daya ingatan kerana masih perlu berfikir)

20. Majlis silaturrahim dengan rakan taulan (Dapat meningkatkan daya ingatan, terutamanya bagi warga emas dan mampu melambatkan risiko nyanyuk)

Sumber Dari :
sitik.wordpress.com/2013/.../20-cara-mudah-meningkatkan-daya-ingatan...

Dari :
Thaneswary a/p Arumugam

No comments:

Post a Comment