Menurut perunding keluarga yang juga pemilik laman pendidikan
www.smartparents.com.my, Zaid Mohamad, walau sesibuk mana sekalipun, ibu bapa
harus meluangkan masa dengan anak-anak. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan
bagi merapatkan perhubungan antaranya:
Rancang percutian dalam masa tiga bulan akan datang. Dapatkan pandangan dan persetujuan daripada setiap ahli keluarga. Semak menerusi Internet destinasi yang ingin dituju kemudian minta anak-anak merancang aktiviti bergantung kepada jadual perjalanan menerusi laman sesawang itu
Rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu.
Ia mungkin
aktiviti di luar seperti berkelah, menunggang basikal, berjoging, berkebun atau
aktiviti dalaman seperti bermain boling, berkaraoke atau menonton wayang
bersama keluarga. Apa saja yang dilakukan seharusnya dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain.
Senaraikan beberapa lokasi yang boleh dituju dalam kembara
serhari.
Pastikan setiap ahli keluarga mengambil bahagian dalam perbincangan
untuk menentukan lokasi itu dan aktiviti yang akan dilakukan. Jadikan acara ini
sebagai aktiviti bulanan. Ketika dalam perjalanan ambil gambar sebanyak mungkin
kemudian kongsi bersama keluarga apabila pulang daripada destinasi nanti.
Pastinya semua akan ketawa apabila melihat koleksi gambar yang melucukan ini.
Sekiranya berhajat melakukan aktiviti perkhemahan.
Sebaiknya kumpulkan seluruh ahli keluarga yang ingin berkhemah
bersama. Bincang lokasi yang ingin dituju kemudian sediakan peralatan
perkhemahan seperti khemah, beg tidur, makanan dan keperluan memasak. Rancang
aktiviti bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak supaya masing-masing dapat
merasai keseronokannya.
Perkenalkan malam tayangan gambar di rumah dan pastikan setiap
ahli keluarga menyertainya.
Pilih filem yang ingin ditonton kemudian beli video cakera padat
asli agar memberi pengajaran yang baik kepada anak-anak. Pastikan anda
menggunakan cahaya lampu yang malap seperti di panggung wayang kemudian
sediakan makanan ringan dan minuman supaya anak-anak dapat menonton dengan
selesa.
Sekiranya tiada jamuan ulang tahun hari lahir dalam masa
terdekat, apa salahnya mengadakan jamuan sekadar suka-suka untuk meraikannya
bersama keluarga.
Anda
boleh menjemput rakan anak anda dan menyediakan makanan dan minuman ringkas. Pada
masa ini, mereka boleh saling bertukar pendapat sekali gus merapatkan hubungan
sesama keluarga.
Bilakah kali terakhir anda bermain permainan dengan anak-anak?
Jika sudah terlalu lama
tidak melakukannya apa kata buka kembali Monopoly, congkak, teka silang kata
atau bermain kad dan tunjukkan kebolehan anda bermain bersama mereka.
Tetapkan
peraturan siapa yang kalah akan diminta menghantar sarapan pagi ke bilik tidur.
Apabila ini berlaku suasana pasti menjadi kelam-kabut kerana masing-masing akan
menunjukkan bakat dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Ketika ini, terserlah
keceriaan pada wajah masing-masing, tambah pula apabila ibu menyediakan makanan
dan minuman ketika perlawanan berlangsung.
Sumber
Dari : www.hmetro.com.my/articles/2011071922161920110719221619/Article
Dari : Thaneswary a/p Arumugam
No comments:
Post a Comment