Cintai bahasa Melayu

Cintai bahasa Melayu

31 Jul 2013

MARI MENGENALI PERIBAHASA (I)

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
 



30 Jul 2013

TuToRiaL BuaT TiRaMiSu 




Ok.. jom mulakan tutorial .. bahan-bahan yang di perlukan ialah :


1. Mixer


2. Kek Sponge.



3. Whipping cream.. guna 250ml..



4. Cream cheese.. 


5. Serbuk koko


6. Serbuk nescafe dan esen vanila


7. Air untuk bancuh nescafe.. bancuh tanpa gula


8. Setengah cwn gula kastor



Cara-cara:


1. Masukkan cream cheese dlm bekas mixer.


2. Campurkan 250 ml whipping cream


3. Masukkan satu sudu teh esen vanila..


4. Masukkan setengah cwn gula castor..


5. Putar semua bahan tersebut sampai sebati semuanya mcm kat atas ni.. guna kelajuan paling rendah dulu.. selepas tingkatkan kelajuan.



6. Bancuh air dengan sesudu nescafe.. bancuh tanpa gula.. ni gunanya utk melembabkan kek ...


tuang air nescafe dlm piring..


7.tepekkan kek depan belakang cepat-cepat..



8. Letak dalam cawan

9. sauk cheese yg di putar ke dalam cawan..


10. Degan menggunakan penapis, taburkan serbuk koko di atasnya..

11. Pastu akan jd camni le.. lapiskan pulak atasnya dgn kek yg di lembabkan dgn nescafe.. ulang sama proses yg td..


12. Hasil akhir




13. Akhir sekali sejukkan dalam peti ais.. bukan pembeku.


15. Siap sedia untuk di makan sejuk.. sedap!

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2011/11/tutorial-buat-tiramisu-simple.html

29 Jul 2013

PERANAN BAHASA MELAYU HARI INI



Terima kasih saudara Pengerusi Majlis. Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, dif-dif kehormat, rakan-rakan seperjuangan dan hadirin sekalian. Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia.
 Adakah Bahasa Melayu telah berkurangan kepentingannya dan tidak mengikut peredaran masa? Adakah Bahasa Melayu sudah tidak relevan di era globalisasi ini? Adakah Bahasa Melayu kini sudah terabai kerana adanya bahasa-bahasa lain yang merupakan lingua franca pilihan?
 Bahasa Melayu merupakan martabat dan kemegahan negara Malaysia. Bahasa Melayu masih utuh. Walaupun ia lebih dikenali sebagai bahasa kebangasaan negara Malaysia, ia memainkan peranan-peranan yang lain dalam hidup seharian masyarakat Malaysia.
 Saudara dan saudari sidang dewan,
 Bahasa kebangsaan sesebuah negara melambangkan identiti negara tersebut di mata dunia. Bahasa adalah lambang ketamadunan sesebuah masyarakat. Bahasa Melayu memberi negara dan rakyat Malaysia pengiktirafan bahawa kita adalah negara unik yang bertamadun dan maju. Bahasa Melayu merupakan salah satu lingua franca yang penting semasa zaman kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan entreport yang menemukan dunia perdagangan Timur dan Barat. Keindahan bahasa Melayu dan kesopanan pertuturnya memang wajar ia dijadikan lingua franca pedagang. Salah satu kelebihan bahasa ini adalah asimilasi yang dipengaruhi oleh pelbagai bahasa seperti Arab, Sanskrit, Portugis, Cina dan lain-lain lagi. Asimilasi ini menggambarkan kehidupan di negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan kaya dengan sejarah dan tradisi yang pelbagai hidup secara harmoni di bawah satu bendera dan satu bahasa. Bahasa Melayu, sebuah bahasa yang dapat berubah dan bertahan mengikut peredaran masa, smemangnya melambangkan ciri-ciri negara Malaysia.
 Tatkala Tanah Melayu dijajah orang Inggeris yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, bahasa inilah yang memungkinkan perpaduan dicapai. Rakyat Tanah Melayu dibahagikan mengikut industri dan penempatan. Pertanian di luar bandar dijaga oleh Orang Melayu, orang Cina pula di bandar-bandar berasaskan kegiatan perlombongan dan orang India boleh dijumpai di ladang-ladang teh dan juga getah. Secara geografi, ia adalah hampir mustahil untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang hidup di lokasi berlainan yang dipenuhi bangsa dan bahasa masing-masing. Maka, dengan ini, perpaduan menjadi pertaruhan terbesar dalam syarat mencapai kemerdekaan dari para penjajah. Bahasa Melayu adalah bahasa yang menjadi pemangkin perpaduan di Malaysia. Oleh kerana keseluruhan ahli masyarakat diberi suatu bahasa untuk diguna sebagai bahasa pengantara, kemesraan dan keakraban dapat terjalin. Kunci perpaduan berterusan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama di Malaysia terletak pada bahasa kebangsaan negara ini.
 Hadirin yang dihormati sekalian,
 Selain itu, Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa akademik. Kesemua pelajar-pelajar di negara ini diwajibkan belajar menulis dan membaca dalam bahasa kebangsaan. Rata-rata kesemua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah nasional adalah dalam Bahasa Melayu. Negara Malaysia memartabatkan penggunaan bahasa ini melalui pendidikan. Peperiksaan-peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM menitikberatkan kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi memperolehi sijil pencapaian. Bakal-bakal graduan juga diwajibkan mengambil kursus Bahasa Melayu di universiti bagi menggalakkan pembelajaran bahasa kebangsaan yang berterusan. Mana-mana urusan rasmi di negara ini menggunakan bahasa kebangsaan dengan meluas. Oleh itu, menjadi kepentingan bersama ahli masyarakat bagi mempelajari bahasa kebangsaan di bangku sekolah lagi.
 Sebelum saya mengakhiri pidato saya ini, izinkan saya menjawab kembali soalan-soalan yang saya kemukakan di awal pidato saya. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa di dunia yang dapat bertahan selaras dengan peredaran masa dan tidak kurang kepentingannya berdasarkan kuasa asimilasi bahasa ini. Bahasa Melayu sangatlah penting dalam aspek perpaduan negara yakni menjadikan ia sangat relevan kepada masyarakat dan negara. Bahasa Melayu tidak akan terabai kerana system pendidikan negara ini menjulang tinggi Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah kemegahan bangsa Malaysia. Akhir kata, Bahasa Jiwa Bangsa.
 Sekian, terima kasih. Salam 1Malaysia.

HAKCIPTA: THANESWARY ARUMUGAM (Julai 2013)


SUMBER


http://pendidikanmy.blogspot.com/2012/10/peranan-bahasa-melayu-menyatupadukan.html

28 Jul 2013

Kepupusan Flora Dan Fauna


Kepupusan Flora Dan Fauna 


Punca-Punca Kepupusan Flora Dan Fauna :

1.    Pembalakan haram.

2.   Pembakaran terbuka hutan

3.   Aktiviti menangkap ikan

4.   Suhu dunia juga semakin meningkat

Kesan-Kesan Kepupusan Flora Dan Fauna :

1.Kitaran kehidupan akan terjejas

2. Hakisan tanah dan tanah runtuh

3. Mencacatkan pemandangan alam

Langkah-Langkah Mengatasi :

1.    Mewujudkan system pengurusan hutan seperti menjalankan penanaman semula contohnya menanam semula pokok kayu balak yang telah ditebang bagi menggantikannya.
2.   Menghadkan kapasiti hutan untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok ditebang.
3.   Kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram.
4.   Dengan mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi, habitat flora dan fauna boleh terpelihara.

Sumber Dari : Nurul Hidayah Binti Md Ami (207396) Blog Sayangi Alam Sekitar Kita

    Dari : Thaneswary a/p Arumugam

26 Jul 2013

SELAMAT BERPUASA 1434 H 

Pada tahun 2013 July 10 bersamaan 1 Ramadan 1434H kita mula berpuasa. Selamat Berpuasa di ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. 

Semoga puasa tahun ini akan menambahkan pahala dan sama2 beramal dengan penuh kesungguhan. Semoga cabaran ini di sambut dengan penuh semangat dan kekuatan dari segi mental + fizikal.


http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/07/selamat-berpuasa-1434-h.html


24 Jul 2013

Cara Membuat Lemang

Cara Membuat Lemang

Bahan-bahan yang dibutuhkan untuk membuat lemang adalah sebagai berikut : 

  • beras ketan 2 gelas
  • santan 4 gelas
  • daun pandan 
  • daun pisang
  • bambu basah
Cara Membuat Lemang:
  • Tambahkan dalam santan sedikit garam dan aduk-adulkah biar tercampur atau larut
  • Daun pandan dipotong-potong 3 cm
  • Bungkuslah beras ketan sebanyak 2 sendok makan, santan 4 sendok makan, dan 1 potong daun pandan dengan daun pisang (jika menggunakan daun pisang)
  • Masukan beras yang sudah dicampur bumbu dan santan ke dalam bambu dan tutup kembali dengan daun pisang, setelah itu bambu dibakar diatas api. (Menggunakan bambu)
    Menggunakan bambu cukup dibakar saja

  • Dandang diberi air, kemudian ditaruh diatas api dan biarkan airnya mendidih
  • Masukan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam dandang
  • Masak sampai matang.
  • Lemang siap untuk di hidangkan. 
  •  
  • Sumber Dari : dewanku02.blogspot.com/caramembuat-le... 
  •  Dari : Thaneswary a/p Arumugam                                                           

22 Jul 2013

Langkah-langkah bagaimana seorang guru boleh membantu kanak-kanak disleksia di dalam kelas.


 Langkah-langkah bagaimana seorang guru boleh membantu kanak-kanak disleksia di dalam kelas.



  1. Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas. 
  2. Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
  3.  Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
  4. Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.  
  5. Berikan kelonggaran kepada mereka. 
  6. Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan. 
  7. Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
  8.  Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
  9. Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
  10.  Sediakan bahan pengajaran yang baik.
  11. Gunakan aplikasi teori Gestalt. 
  12. Tekankan ke atas pengamatan butiran.
  13. Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
  14. Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
  15.  Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Sumber Dari : pemulihankhascikgucam.blogspot.com/.../bagaimana-cara-kita-membant...

Dari : Thaneswary a/p Arumugam 

21 Jul 2013

HIDROPONIK

 HIDROPONIK


 Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.

KELEBIHAN HIDROPONIK

  1. Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Maka pengeluaran sayuran tetap dapat dijalankan walaupun berada di kawasan yang tidak subur, kurang sumber air, tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah bermasalah.
  2. Tidak memerlukan sistem giliran tanaman.
  3. Sayuran tumbuh dengan lebih cepat disamping pengeluaran hasil yang seragam sepanjang masa.
  4. Penggunaan baja dan air yang terkawal dan ‘efficient’. Tumbuhan mendapat nutrien yang mencukupi mengikut keperluan disamping tiada persaingan untuk mendapatkan air dan  nutrien. Pembaziran baja juga tidak berlaku kerana ia tidak mengalami larut lesap.
  5. Pengawalan penyakit dan proses yang cekap selain bersih dan bebas daripada sebarang racun perosak.
  6. Pencemaran alam sekitar turut berkurangan berikutan penggunaan bahan kimia yang minimum.
  7. Tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
  8. Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KELEMAHAN HIDROPONIK

  1. Memerlukan kos awal yang agak tinggi.
  2. Hidroponik merupakan satu sistem tertutup. Sebarang patogen atau ketidakseimbangan nutrien akan mempengaruhi keseluruhan tanaman. Tumbuhan boleh mati dengan cepat jika sistem gagal.
  3. Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.
  • Sumber Dari : hidroponik1.blogspot.com/2010/08/pengenalan-hidroponik.html
  •                         : tanamanhidroponik.wordpress.com/about/‎    
  •  
Dari : Thaneswary a/p Arumugam
  •  
  •  
  •