Cintai bahasa Melayu

Cintai bahasa Melayu

6 Aug 2013

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud (II)



21.  Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

22.  Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

23.  Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

24.  Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

25.  Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

26.  Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

27.  Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

28.  Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

29.  Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

30.  Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

31.  Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

32.  Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

33.  Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34.  Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

35.  Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

36.  Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

37.  Batu Penghalang
Maksud : Halangan

38.  Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

39.  Meninggi diri
Maksud : Sombong

40.  Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

http://itla4amthal.blogspot.com/2012/09/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan.html

No comments:

Post a Comment