PERCUTIAN memang sesuatu yang dinantikan
setiap individu terutama selepas sekian lama bertungkus lumus bekerja
tanpa rehat. Percutian juga membolehkan kita melarikan diri daripada
rutin seharian dengan merehatkan minda sambil melihat persekitaran yang
berlainan di tempat lain.
Cuti yang lama sempena sambutan
Aidilfitri pastinya tidak akan disia-siakan sama ada pulang berhari raya
ke kampung halaman atau ke tempat menarik di negara ini atau luar
negara untuk menghabiskan cuti masing-masing.
Apa pun tidak kira pulang ke kampung
atau bercuti di tempat menarik dalam atau luar negara yang paling
penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang
ditetapkan.
Ini kerana jika percutian tanpa mengikut
apa yang ditetap boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang
selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu
perjalanan kewangan harian anda.
Langkah pertama yang boleh dilakukan
ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran
perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan,
minum,pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.
Layari internet atau membaca iklan di
akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal
dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.
Yang penting ialah memastikan kenderaan
yang bakal digunakan berada dalam keadaan baik bagi yang memandu
denganmenghantar ke pusat servis kenderaan terlebih dulu.
Ini kerana jika berlaku kejadian yang
tidak diingini di tengah jalan seperti kereta rosak tentunya memerlukan
belanja yang tinggi bagi kos membaiki dan menarik (jika lebih teruk).
Bagi menggunakan penerbangan, tempah
atau belilah tiket penerbangan lebih awal bagi mengelakkan tidak
mendapat tempat duduk pada tarikh yang ditetapkan. Belilah tiket
penerbangan ketika tawaran harga mudah ditawarkan syarikat penerbangan.
Malah, jika bernasib baik membeli secara
talian dalam internet kadangkala lebih murah sekali gus dapat
mengurangkan bajet percutian kita.
Yang pulang ke kampung halaman dan
menginap di rumah ibu bapa atau sanak saudara tentunya bajet bagi
penginapan tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang bercuti yang
memerlukan tempat menginap seperti di hotel, perlulah menempah lebih
awal.
Layari internet untuk mendapatkan
kedudukan hotel yang bakal ditempah dan kemudahan disediakan selain
harga yang berpatutan. Tempahan boleh dibuat menerusi internet atau
telefon ke hotel berkenaan.
Ini kerana, jika di saat akhir
dikhuatiri hotel yang sesuai dengan bajet kita akan penuh dan
menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan bilik yang
kosong yang mungkin harganya lebih tinggi.
Percutian di satu-satu tempat pastinya
tidak sah jika tidak membelicenderahati untuk di bawa pulang sebagai
kenangan. Jadilah pembeli yang bijak dalam memilih barangan yang bakal
dibeli kerana jika tidak berhati-hati terbeli barang yang ada juga
dijual di tempat tinggal anda.
Apa-apa pun, jadilah pengguna yang bijak
dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak
terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga
terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.
THANESWARY ARUMUGAM
http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/497-rancang-percutian-mengikut-bajet
|
Cintai bahasa Melayu
2 Sept 2013
Rancang percutian mengikut bajet
Labels:
Thanes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment