Sahabat....
Tak kusangka waktu begitu cepat sekali
Tak ku duga hanya sebatas itu kita bersama
Seakan baru kemarin....
Ku melihat senyum , canda dan tawa mu
Sahabat....
Ku merasakan betapa indahnya kebersamaan
Dan tibalah sa'atnya kita harus berpisah
Melangkah mengikuti takdir yang telah tergariskan
Dalam ruang dan waktu yang berbeda
Sahabat....
Sudah menjadi lumrah hidup manusia di dunia
Yang datang pastikan kembali
Kadang kita membuka
Suatu sa'at kita akan menutup
Dan di setiap pertemuan pasti ada perpisahan....
Sahabat.....
Waktu telah mengantarkan kita pada satu titik pemahaman
Bahwa di dunia ini tak ada yang abadi
Sedikitpun tak pernah terpercik di hati ini
Tak pernah terlintas untuk berpisah dengan sahabat semua
Meski itu hanya sementara
Tapi apalah daya , waktu telah merampas kebersamaan kita
Sahabat....
Sa'at perpisahan ini harus menyapa
Ku tak ingin kau teteskan air mata
Ku tak ingin kau berduka
Karena hati kita kan tetap bersama
Ku akan selalu ingat
Kalau kita pernah ada
Kalau kita mempunyai cerita
Kan selalu ku kenang....
Sa'at canda mewarnai hari ku
Sa'at tawa menghiasi bibir ku
Sampai jumpa Sahabat....!!
THANESWARY ARUMUGAM
http://puisikata.heck.in/puisi-perpisahan-dengan-sahabat.xhtml
Cintai bahasa Melayu
6 Sept 2013
5 Sept 2013
Faedah Peperiksaan
Dalam
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan, terasa seolah-olah murid-murid tidak dapat menikmati kegirangan
zaman kanak-kanaknya. Namun itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh
murid-murid.
Dengan
garispanduan yang wajar, guru dan murid akan bersama-sama mendapat manfaat
daripada peperiksaan. Matalamat peperiksaan ialah ia bertujuan untuk mencapai kecemerlangan dan akan memberikan halatuju bagi
guru dan murid. Murid-murid akan lebih fokus kepada pelajaran dan ini akan
memudahkan guru menyampaikan pelajaran.
Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.
Situasi dan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tenteram jika pelajar benar-benar dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Waktu pembelajaran dalam bilik darjah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak memberi ruang berlakunya kes salahlaku.
Murid-murid
juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan
akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh
dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih
kreatif.
Seluruh
tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak
didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila
murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan,
murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan
proses mendapatkannya.
Gred
yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang
cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau
mendapatkan pekerjaan yang baik.
THANESWARY ARUMUGAM
http://blogsimantanguru.blogspot.com/2010/07/faedah-peperiksaan.html
3 Sept 2013
Pengajaran Ini Bermakna Untukku
“Aku
tak tahu kenapa wajah budak tu tak boleh hilang dari kepala aku, Wan. Aku ada
badan sihat, aku abaikan. Bila aku tengok budak tu, aku rasa loser. Aku rasa aku salahguna nikmat
kesihatan yang Tuhan bagi. Aku dah nekad. Bila aku rasa dah bersedia, aku nak
derma sikit hati aku ni untuk dia. Sekarang masanya dah sampai.”
Memori
lampau itu kerap bermain-main dalam benak fikirannya. Seakan berputar-putar
pada corong telinganya. Berulang-tayang seperti suasana monokrom filem gambar di
hujung anak matanya. Langit membiru terbentang seluas hamparan alam dijaluri
kepulan-kepulan awan yang bertebaran di angkasaraya. Bas biru-kuning tertera ‘Universiti
Malaysia Pahang’ yang tadinya meluncur laju di jalan raya mula perlahan dan
akhirnya berhenti di perkarangan hospital yang dituju. “Hoi lahanat, bangun. Membuta je kerja kau. Dah sampai ni. Jom turun!”
Harith yang dari awal perjalanan lena kedengkuran di kerusi bas yang empuk
disergah Ridwan, rakan sekampus yang turut serta dalam program bakti siswa
kendalian universitinya. “Kejut elok-elok tak boleh?” Bibirnya dicebik tanda
kurang berpuas hati. “Baiklah Rith. Sorry
ya? Mari lah intan payung. Mari lah kita turun.” Ridwan membalas dengan nada
gurauan yang mengundang hilai tawa rakan-rakan kampus yang lain.
Suasana
di perkarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan atau HTAA ketika itu ternyata
sibuk. Pelbagai kenderaan keluar masuk melalui pintu utama hospital
berkenaan. Di sisi kiri pintu masuk
utama kelihatan sebilangan kanak-kanak berseluar dan berbaju biru seragam
sedang bermain-main di padang rumput yang menghijau. Pada tangan kanan salah
seorang kanak-kanak itu ada jarum transfusi yang dilekatkan dengan sejenis
pelekat kain berona krim. Anak matanya berwarna hazel manakala mata putihnya kekuningan dan perutnya sedikit
kembung. “Wan, budak tu kenapa?” Harith memuncungkan bibirnya ke arah
kanak-kanak si empunya sepasang mata hazel
itu. “Entah. Sudahlah. Semua orang dah masuk dalam. Jomlah Rith.” Pertanyaannya
nyata mati spontan.
Rombongan
bakti siswa itu diberi penerangan ringkas oleh staf bertugas di wad pediatrik
HTAA. Staf wanita yang manis berbaju kurung rona biru lembut dipadankan dengan
tudung bawal dua rona, ternyata Harith cuma mampu berdiri pegun tanpa berkelip
mata. “Hoi gemuk. Sudah-sudah lah tu nak tenung staf tu lama-lama. Badan macam
tong dram ada hati nak berangan lebih-lebih ya?” lamunannya terhenti dek
sindiran rakan-rakan sekampus yang tidak sudah-sudah mengejek perihal tubuh
gempalnya. Harith mendengus.
Waktu
merangkak perlahan buat Harith. Jarum jam tangan Casio pemberian ayahnya ditenung.
“Ah. Baru pukul 10.30?” dia mengeluh kecil. Ekor anak matanya tiba-tiba terpaku
pada kanak-kanak tadi yang dilihatnya sedang duduk mengerekot di hujung katil.
Namun kali ini riak anak kecil itu berbeza. Dahinya berkerut sambil tangannya
mengurut-urut bahagian abdomennya. Seorang jururawat yang menyedari keadaan itu
memanggil doktor bertugas. Dalam sekelip mata anak kecil itu dikerumuni para
petugas wad. Langsir pada ruangan katil kanak-kanak itu ditarik. Wajah
kesakitan anak itu hilang dari pandangannya. Harith tunduk lesu. Entah mengapa
hatinya rasa terkesan sekali melihat kanak-kanak itu.
Hampir
lima bulan berlalu sejak rombongan mereka ke wad pediatrik itu. Wajah
kanak-kanak bersama matanya yang kekuningan dan perutnya yang kembung masih
bermain-main dihujung anak mata Harith. Setelah hampir lima bulan itu jugalah,
Harith mula rajin bersukan pada waktu petang di kampusnya. Hampir setiap hari
Ridwan melihatnya gigih berbasikal sehingga bajunya kebasahan. Rakan-rakan
sekampus mula hairan melihat Harith rajin menghadirkan diri ke gimnasium
sehingga lewat petang. Selama mereka mengenali Harith, lemak-lemak berlebihan
menggelebeh di bahagian perutnya. Paha kiri dan kanannya bergesel apabila
kakinya melangkah. Apabila menjamu selera di kafeteria pelajar pula lagaknya
seperti kelaparan seminggu. Laju sahaja dia melahap apa jua yang terhidang di
depan mata.
“Rith,
kau kena sampuk hantu ke dah beberapa
bulan ni? Berjoging petang. Berbasikal. Pergi gym. Sampai dah kurus kau ni aku tengok. Kenapa kau ni?” Akhirnya
Ridwan memulakan pertanyaan yang sudah berbulan seakan-akan tersangkut pada
anak tekaknya. Harith tersenyum. “Aku nak jaga hati aku.” Jawabnya ringkas.
Tuala hijau pada hujung kaki katilnya dicapai. “Dah lah. Aku nak pergi mandi.” Konversasi
itu mati spontan. Ridwan menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat gelagat
rakannya yang tidak difahami. Usai membersihkan diri, Harith meminta Ridwan
untuk bersiap. “Nak pergi mana?” Ridwan bersuara. “Ikut sahaja lah Wan. Nanti
aku beritahulah.”
Bertemankan
Proton Satria Neo CPS R3 kesayangan, Harith dan Ridwan tiba ke destinasi yang
ingin dituju; HTAA. Di lot parkir kereta barulah Harith akhirnya membuka mulut.
“Aku dah mendaftar jadi pengikrar penderma organ empat bulan lepas. Seminggu
cuti Raya Haji dulu tu aku ke Kuala Lumpur sebenarnya. Pergi dapatkan maklumat
lanjut mengenai pendermaan organ dari Pusat Sumber Transplan Nasional. Aku dah
jalani proses saringan kesihatan. Hari ni, budak mata hazel tu kena jalani pembedahan transplan hati. Dan akulah penderma
hati tu.” Ridwan tercengang. Lidahnya kelu. Tidak semena-mena ada air jernih
merembes keluar dari kelenjar matanya. Tubuh Harith dipeluknya erat. Baru dia
mengerti akan keganjilan perangai sahabatnya itu sejak pulang dari lawatan ke
wad pediatrik HTAA. Kegigihan semangatnya yang tiba-tiba berubah drastik dari
kerap tidur dan bermalas-malasan di atas katil bujang, kepada seorang yang
tidak pernah cuti bersukan saban hari rupa-rupanya diiringi hasrat murni untuk
menyelamatkan nyawa.
“Kau
buat semua ni, bersukan, berbasikal tu semua untuk ni ke Rith?” Matanya masih
berkaca. Sungguh. Tidak terjangkau dek akal fikirannya bahawa sahabatnya itu
rupa-rupanya menyimpan hasrat mulia. “Yalah. Takkan aku nak bagi pada orang
hati aku yang penuh lemak kan? Jadi aku kenalah pastikan hati aku sihat untuk
di-let go orang putih kata.” Harith
mengenyitkan matanya.
THANESWARY ARUMUGAM
http://sunkenpaperheartyou.blogspot.com/2012/10/cerpen-pendek-pengajaran-ini-bermakna_15.html
2 Sept 2013
Rancang percutian mengikut bajet
PERCUTIAN memang sesuatu yang dinantikan
setiap individu terutama selepas sekian lama bertungkus lumus bekerja
tanpa rehat. Percutian juga membolehkan kita melarikan diri daripada
rutin seharian dengan merehatkan minda sambil melihat persekitaran yang
berlainan di tempat lain.
Cuti yang lama sempena sambutan
Aidilfitri pastinya tidak akan disia-siakan sama ada pulang berhari raya
ke kampung halaman atau ke tempat menarik di negara ini atau luar
negara untuk menghabiskan cuti masing-masing.
Apa pun tidak kira pulang ke kampung
atau bercuti di tempat menarik dalam atau luar negara yang paling
penting perlulah merancang percutian mengikut kemampuan atau bajet yang
ditetapkan.
Ini kerana jika percutian tanpa mengikut
apa yang ditetap boleh menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang
selepas pulang bercuti dan akhirnya secara tidak langsung mengganggu
perjalanan kewangan harian anda.
Langkah pertama yang boleh dilakukan
ialah dengan membuat senarai apa yang perlu dilakukan dan anggaran
perbelanjaan sebelum pergi bercuti. Ini termasuk penginapan, makan,
minum,pengangkutan dan bayaran lain seperti tol dan cenderahati.
Layari internet atau membaca iklan di
akhbar untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan tempat yang bakal
dikunjungi untuk mendapat idea sebelum tiba di tempat itu.
Yang penting ialah memastikan kenderaan
yang bakal digunakan berada dalam keadaan baik bagi yang memandu
denganmenghantar ke pusat servis kenderaan terlebih dulu.
Ini kerana jika berlaku kejadian yang
tidak diingini di tengah jalan seperti kereta rosak tentunya memerlukan
belanja yang tinggi bagi kos membaiki dan menarik (jika lebih teruk).
Bagi menggunakan penerbangan, tempah
atau belilah tiket penerbangan lebih awal bagi mengelakkan tidak
mendapat tempat duduk pada tarikh yang ditetapkan. Belilah tiket
penerbangan ketika tawaran harga mudah ditawarkan syarikat penerbangan.
Malah, jika bernasib baik membeli secara
talian dalam internet kadangkala lebih murah sekali gus dapat
mengurangkan bajet percutian kita.
Yang pulang ke kampung halaman dan
menginap di rumah ibu bapa atau sanak saudara tentunya bajet bagi
penginapan tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang bercuti yang
memerlukan tempat menginap seperti di hotel, perlulah menempah lebih
awal.
Layari internet untuk mendapatkan
kedudukan hotel yang bakal ditempah dan kemudahan disediakan selain
harga yang berpatutan. Tempahan boleh dibuat menerusi internet atau
telefon ke hotel berkenaan.
Ini kerana, jika di saat akhir
dikhuatiri hotel yang sesuai dengan bajet kita akan penuh dan
menyebabkan kita terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan bilik yang
kosong yang mungkin harganya lebih tinggi.
Percutian di satu-satu tempat pastinya
tidak sah jika tidak membelicenderahati untuk di bawa pulang sebagai
kenangan. Jadilah pembeli yang bijak dalam memilih barangan yang bakal
dibeli kerana jika tidak berhati-hati terbeli barang yang ada juga
dijual di tempat tinggal anda.
Apa-apa pun, jadilah pengguna yang bijak
dan pelancong yang berhemah dalam merancang percutian supaya tidak
terlebih bajet yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga
terganggu akibat daripada gangguan perjalanan kewangan.
THANESWARY ARUMUGAM
http://www.fomca.org.my/kewangan/index.php/pengurusan-kewangan/497-rancang-percutian-mengikut-bajet
|
1 Sept 2013
MENCARI PERKERJAAN YANG SESUAI
Bagaimana Memilih Kerja Yang Sesuai
Lupakan tentang gaji. Berikan tumpuan kepada lapan faktor-faktor ini untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan anda.
Sama
ada anda sedang mencari pekerjaan pertama anda atau untuk bergerak ke
atas dari kedudukan peringkat bawahan, anda akan perlu bijak tentang
pencarian dan pilihan muktamad anda. Tidak
kira berapa banyak peluang, ia mudah untuk memberikan tumpuan supaya
mendapatkan pekerjaan namun anda mungkin terlupa untuk bertanya kepada
diri sendiri soalan yang penting: "Adakah saya benar-benar mahu bekerja
di sini?"
Kebanyakan pencari kerja kali pertama tidak mengendahkan perkara utama ini sehingga ia terlambat.Anda mungkin teruja bahawa seseorang benar-benar mahu mengupah anda dan anda mengambil tawaran yang pertama. Atau, jika anda mempunyai lebih daripada satu tawaran dalam tangan, anda boleh memilih pekerjaan dengan gaji tertinggi - kerana anda mempunyai banyak bil untuk dibayar. Tetapi terdapat lain-lain faktor kewangan yang perlu diambil kira, serta keserasian kerja dengan kemahiran, gaya hidup dan cita-cita.
Kebanyakan pencari kerja kali pertama tidak mengendahkan perkara utama ini sehingga ia terlambat.Anda mungkin teruja bahawa seseorang benar-benar mahu mengupah anda dan anda mengambil tawaran yang pertama. Atau, jika anda mempunyai lebih daripada satu tawaran dalam tangan, anda boleh memilih pekerjaan dengan gaji tertinggi - kerana anda mempunyai banyak bil untuk dibayar. Tetapi terdapat lain-lain faktor kewangan yang perlu diambil kira, serta keserasian kerja dengan kemahiran, gaya hidup dan cita-cita.
Untuk membantu anda membuat pilihan yang paling bijak, periksa lapan
perkara yang perlu anda nilai apabila memikirkan tawaran kerja. Kenal
pasti keutamaan peribadi anda serta pro dan kontra setiap kerja.
1. Manfaat.
Ini
adalah sesuatu yang sering diabaikan oleh orang muda yang baru
memulakan kerjaya mereka, tetapi faedah kerja boleh bernilai sehingga
30% terhadap jumlah pampasan yang anda. Mulakan dengan mencari berapa banyak perlindungan perubatan dan pergigian anda akan dapat. Anda
juga perlu mengambil kira faedah kewangan lain yang datang dengan
kerja, seperti pembayaran balik pengajian/latihan, bonus, pembayaran
balik perbelanjaan penempatan semula dan bantuan membeli rumah. Jangan memandang rendah nilai faedah bukan kewangan seperti waktu kerja fleksibel.
2. Lokasi.
Anda
mungkin tergoda untuk memulakan kerjaya anda di Lembah Klang, JB atau
Pulau Pinang -anda mendapati ia menawarkan ganjaran tinggi. Namun anda
harus mengambil kira kadar sewa dan kos hidup anda. Dengan
mengambil kira lokasi dengan kos hidup yang lebih rendah seperti Alor
Setar, Kangar, Seremban dan lain - lain tempat, nilai gaji anda mungkin
akan lebih besar. Pertimbangkan bandar - bandar lain yang boleh
memberikan kemudahan kepada anda.
3. Perjalanan pergi-balik.
Ini
tidak kelihatan seperti perkara yang besar pada mulanya, tetapi harga
petrol yang berubah-ubah boleh memberi kesan kepada bajet anda jika anda
mempunyai perjalanan pergi-balik yang jauh - tanpa bercakap tentang
kesesakan dalam lalu lintas yang boleh menyebabkan anda cepat tua. Kita mengambil masa 30 minit, secara purata, untuk ke tempat kerja setiap hari. Jika
kita mengambil masa yang panjang untuk pulang ke rumah, kita akan
menggunakan lebih daripada lima jam seminggu pergi dan balik dari tempat
kerja. Tetapi masa bukan satu-satunya faktor: Pertimbangkan tekanan perjalanan pergi-balik juga. Adakah anda akan terpaksa melalui perjalanan yang sesak atau ada laluan yang lebih lancar ke pejabat? Apakah pengangkutan awam suatu pilihan? Pastikan anda menambah kos tambang bas, bayaran letak kereta atau tol.
4. Peluang untuk kemajuan kerjaya.
Tiada siapa yang mahu untuk terjebak dalam pekerjaan yang buntu. Oleh
itu, tanya penemuduga anda kemungkinan bergerak maju dalam syarikat dan
apa yang boleh dilakukan untuk anda mendapatkan kenaikan pangkat. Dapatkan
maklumat lanjut jika satu kerja boleh memberikan anda kemajuan yang
lebih baik daripada yang lain.Sebagai contoh, terdapat program-program
latihan, atau peluang pendidikan di tempat kerja yang akan membolehkan
anda untuk mengasah kemahiran anda dan membuat kenalan penting? Ini
akan membuatkan anda aset yang lebih berharga kepada syarikat itu -
atau meningkatkan peluang pekerjaan anda di tempat lain apabila anda
sudah bersedia untuk bergerak ke tempat lain dan ke atas.
5. Persekitaran kerja.
Terdapat 168 jam dalam seminggu. Jika
anda menghabiskan 40 jam di tempat kerja, ini bermakna anda
menghabiskan satu suku minggu anda di sana.Anda harus pastikan anda
sukakan tempat itu dan sesuai bagi anda. Ini termasuklah etika pemakaian
dan sama ada anda mendapat sebuah bilik atau kubikel. Pertimbangkan
saiz dan budaya syarikat (pantas atau santai? Hirarki atau lebih
demokratik?) Adakah nilai-nilai syarikat sepadan dengan anda? Adakah ia mesra-keluarga?Adakah anda boleh bekerjasama dengan rakan sekerja?
Ia sukar untuk mendapatkan rasa persekitaran kerja dalam satu temuduga rasmi. Minta bakal majikan untuk memperkenalkan anda kepada bakal rakan sekerja sama ada pada temu bual awal atau yang kedua. Tanya kepada mereka apa yang mereka suka dan tidak suka tentang pekerjaan mereka. Jika anda tidak mempunyai peluang itu, sebelum syarikat membuat tawaran kerja, minta maklumat mengenai bakal rakan sekerja anda dan buat panggilan atau hantar e-mel kepada mereka sebelum menerima tawaran kerja.
Ia sukar untuk mendapatkan rasa persekitaran kerja dalam satu temuduga rasmi. Minta bakal majikan untuk memperkenalkan anda kepada bakal rakan sekerja sama ada pada temu bual awal atau yang kedua. Tanya kepada mereka apa yang mereka suka dan tidak suka tentang pekerjaan mereka. Jika anda tidak mempunyai peluang itu, sebelum syarikat membuat tawaran kerja, minta maklumat mengenai bakal rakan sekerja anda dan buat panggilan atau hantar e-mel kepada mereka sebelum menerima tawaran kerja.
6. Keselamatan pekerjaan.
Apabila anda masih muda dan baru bermula, anda mungkin tidak mencari pekerjaan yang akan membawa anda meniti usia emas anda. Namun, anda perlu menilai toleransi risiko anda, walaupun anda hanya mengharapkan untuk berada untuk dua tahun. Adakah pekerjaan di syarikat baru atau sebuah syarikat telah lama ditubuhkan? Adakah firma tersebut dihormati dalam industri dan berjalan dengan baik? Adakah kewangan syarikat stabil?Perkara terakhir yang anda mahu ialah tanpa pekerjaan kerana syarikat bankrap.
7. Tahap tanggungjawab.
Anda
mahu pekerjaan yang akan membolehkan anda menggunakan semua pengetahuan
dan memantapkan kemahiran anda, bukannya seseorang yang menyuruh anda
membuat kopi. Tetapi anda harus ingat bahawa anda mungkin tidak mendapat pekerjaan impian anda sebaik tamat pengajian. Anda mungkin perlu untuk bekerja di beberapa bahagian dan anda perlu mengambil peluang untuk menaiki tangga kerjaya.
8. Di manakah anda mahu berada dalam sepuluh tahun?
Adakah kerja ini akan membawa anda di mana anda mahu pergi dengan kerjaya anda? Walaupun
anda mendapat tawaran gaji yang tinggi pada sesuatu kerja, anda harus
mempertimbangkannya agar ia sejajar dengan matlamat jangka panjang anda. Memberi tumpuan semata-mata pada gaji permulaan anda adalah berfikiran pendek. Anda perlu melihat gambaran yang lebih besar.
THANESWARY ARUMUGAM
http://mykerjayaonline.blogspot.com/2012/01/bagaimana-memilih-kerja-yang-sesuai.html
31 Aug 2013
Kongsilah benda yang berguna di FB, kawan-kawan...
29 Aug 2013
28 Aug 2013
27 Aug 2013
Tidur banyak-banyak untuk mengurangkan tekanan peperiksaan!!
26 Aug 2013
APALAH NAK JADI??
Simpan anak buaya dalam tab mandi
Miami: Pihak berkuasa daerah Volusia di Florida mendakwa seorang lelaki Sean Lewis, 45, dengan tuduhan mencuri anak buaya selepas ibunya menghubungi talian kecemasan 911 Isnin lalu untuk melaporkan perbuatannya.
Lewis bagaimanapun memberitahu polis, dia menerima anak buaya
berkenaan daripada seorang kawan yang sepatutnya mengambil semula haiwan
itu, tetapi tidak melakukan demikian, lapor NBC Miami. Selepas
seketika Lewis memutuskan untuk menyimpan anak buaya itu dalam tab mandi
di kediaman yang dikongsi bersama ibunya.
Namun, wanita terbabit tidak suka dengan tindakan anaknya itu apabila dia menjadikan tab mandi berkenaan akuarium lengkap dengan potongan kayu sebagai ganti tanah kering dan mentol lampu seolah-olah cahaya matahari.
Wanita berkenaan kemudian menghubungi polis yang tiba untuk menangkap haiwan terbabit.
Namun, wanita terbabit tidak suka dengan tindakan anaknya itu apabila dia menjadikan tab mandi berkenaan akuarium lengkap dengan potongan kayu sebagai ganti tanah kering dan mentol lampu seolah-olah cahaya matahari.
THANESWARY ARUMUGAM
24 Aug 2013
23 Aug 2013
21 Aug 2013
20 Aug 2013
BAHAGIAN 3 (BETUL! BETUL! BETUL!)
THANESWARY ARUMUGAM
19 Aug 2013
SEDIH MENGENANGKAN SEBAB LAGU INI DITULIS...
18 Aug 2013
BAHAGIAN 2 (BETUL! BETUL! BETUL!)
THANESWARY ARUMUGAM
17 Aug 2013
LAGU: PULANGKAN DARI (PONTIANAK: HSM)
THANESWARY ARUMUGAM
16 Aug 2013
BAHAGIAN 1 (BETUL! BETUL! BETUL!)
THANESWARY ARUMUGAM
Subscribe to:
Posts (Atom)