Malaysia sedia bantu Indonesia tangani masalah jerebu
PUTRAJAYA: Malaysia bersedia memberikan bantuan kepada Indonesia baik dari segi bantuan teknikal, kepakaran dan sumber manusia bagi menangani masalah jerebu yang berlaku hingga menjejaskan kualiti udara di negara ini, Singapura serta Indonesia.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, berkata beliau juga akan berbincang dengan rakan sejawatannya, Balthasar Kambuaya pada pertemuan mereka esok di Jakarta bagi mengambil pelan tindakan segera dan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah jerebu pada masa akan datang.
"Saya juga akan cuba mengatur pertemuan syarikat perladangan Malaysia di Indonesia bagi mendapat gambaran sebenar dalam menangani isu ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiasediabantuIndonesiatanganimasalahjerebu/Article/?bh
No comments:
Post a Comment