Cintai bahasa Melayu

Cintai bahasa Melayu

30 Jun 2013

Rizab air semakin kritikal





KUALA LUMPUR 28 Jun - Kira-kira enam juta warga ibu kota, Selangor dan Putrajaya kini berdepan risiko gangguan bekalan air yang semakin kritikal.
Keadaan itu berikutan rizab bekalan air di semua 34 loji rawatan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Antara kawasan yang dijangka terjejas teruk ialah Hulu Langat, Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Gombak.
Bacaan terkini syarikat tersebut menunjukkan rizab air berada pada kadar 0.64 peratus, berbanding kadar minimum yang ditetapkan Syabas iaitu sekurang-kurangnya 10 peratus.
Gangguan itu dijangka lebih parah selepas ini, berikutan musim panas yang melanda Lembah Klang sehingga September ini.
Sementara itu, Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, perkara tersebut ekoran unjuran permintaan bekalan air pada tahun ini yang meningkat mendadak iaitu sebanyak 5.85 peratus berbanding purata 3.5 peratus setiap tahun sebelum ini.
Katanya, peningkatan permintaan itu dilihat berpunca daripada tuntutan pembangunan komersial terutama di kawasan perindustrian di Selangor.
"Peningkatan permintaan ini turut disumbangkan oleh faktor migrasi penduduk dari negeri lain ke Selangor untuk bekerja dan seterusnya menetap dan mendirikan rumah tangga," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Walau bagaimanapun buat masa ini, jelasnya, masalah tersebut masih terkawal memandangkan Syabas melaksanakan beberapa pendekatan proaktif dalam menangi masalah tersebut.
Menurutnya, syarikat tersebut meningkatkan kemudahan bantuan kepada pengguna sewaktu gangguan bekalan air termasuk memperbanyakkan lori air daripada 42 kepada 66 buah dan menambah 125 tangki air statik bermula Ogos ini.
Sejak Januari lalu ujarnya, Syabas turut meningkatkan keupayaan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) daripada 60 kepada 120 talian namun, perkhidmatan itu hanya mampu menampung 40,000 panggilan sehari dan tidak dapat memenuhi semua pihak sewaktu gangguan air berskala besar.
Kata beliau, kadar pengguna Puspel juga meningkat dengan mendadak tahun ini iaitu sebanyak 4,186 panggilan berbanding 3,517 tahun lalu dan 2,228 pada 2011.
"Sehubungan itu, dalam memastikan masalah tersebut dapat ditangani segera, Syabas meminta kerjasama daripada orang ramai untuk mengelakkan pembaziran air selain melaksanakan beberapa pelan alternatif yang berkesan mengikut kreativiti masing-masing.
"Orang ramai boleh menggunakan kaedah tampungan air hujan. Ramai yang melakukan kaedah ini dalam menjalankan aktiviti harian mereka termasuk menyiram pokok atau membasuh kenderaan sementara air paip digunakan untuk memasak, mandi dan minum," katanya.
Sebarang aduan berhubung masalah bekalan air boleh dilakukan menerusi talian Puspel di 1-800-88-5252, khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 39222 atau mengikuti akaun Facebook, Twitter dan YouTube pusat perkhidmatan itu.

Artikel dari :

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130629/dn_05/Rizab-air-semakin-kritikal#ixzz2XbDrfcwC




29 Jun 2013

Kuasa senyuman



SEKUNTUM senyuman yang kamu lemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan insan lain. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja.
Kamu juga akan mendapat manfaat yang pelbagai untuk kesihatan hasil daripada senyuman kamu itu. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kamu.
Jadi, jika kamu ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman kamu yang paling manis buat mereka yang berada di sekeliling kamu dan teruskan membaca! - LAILISUHANA



10 sebab mengapa kamu perlu senyum
  1. Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.
  2. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat. Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.
  3. Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata.
  4. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.
  5. Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.
  6. Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.
  7. Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.
  8. Tahukah kamu, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.
  9. Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.
  10. Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.
 Artikel dari : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130615/kn_01/Kuasa-senyuman#ixzz2Xb3E68dE

28 Jun 2013

5 resipi cantik dengan susu!

PENGGUNAAN susu dalam bidang kecantikan sebenarnya sudah mula diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Buktinya, Ratu Mesir, Cleopatra telah memilih susu sebagai salah satu resipi rahsia kecantikannya.
Tidak hanya boleh didapati dalam bentuk cecair, susu kini telah diinovasikan bentuknya menerusi teknologi
moden dan hasilnya, susu juga boleh dimiliki sama ada dalam bentuk pepejal mahupun serbuk.
Susu menjadi pilihan untuk tampil cantik kerana mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberikan keserian pada wajah seperti kandungan gizi (protein, kasium, zat besi, potasium dan banyak lagi.) Kulit juga akan bertambah mulus kerana susu mampu memudarkan noda hitam pada wajah.
Kali ini ruangan Kecantikan ingin berkongsi beberapa langkah mudah yang boleh diikuti supaya kulit kamu bertambah cerah dan berseri dengan resipi cantik menggunakan susu. Ya, susu! 

 

 Artikel dari:


27 Jun 2013



Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.
Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/11/lirik-lagu-sahabat-najwa-latif.html#ixzz2XQILXeNH

26 Jun 2013

~^^~ Teka-teki untuk hiburan~^^~







 



 Soalan:


 Pintu apa yang walaupun dengan 10 orang pun tidak boleh tolak?







Jawapan: Pintu yang ade tulis 'TARIK'